SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

   Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, timbul kesedaran dikalangan penduduk kampung Kuala Merah untuk mendirikan sebuah sekolah bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka. Pada tahun 1949, En Junus B. Kasman iaitu seorang guru telah mendirikan sekolah persendirian yang pertama di Balai Lintang Madrasah Kuala Merah. En Junus kemudiannya digantikan oleh Cikgu Talib B. Hamzah seterusnya digantikan oleh En. Murad B. Hamzah atau lebih dikenali sebagai Mat Sirat.

   Pada tahun 1953-1955 murid Sekolah Kuala Merah berjumlah 40 orang dan telah merosot menjadi 25 orang pada tahun 1956. Pada 15.9.1957, En Harun B. Abdullah selaku wakil rakyat Kedah Timur telah bermurah hati mendermakan 20 buah bangku dan meja panjang. Pada 1.1.1959, bilangan murid bertambah menjadi 160 orang dan mengadakan dua sesi pengajaran iaitu sesi pagi dan petang dengan seorang guru sahaja. Pada 5.1.1959, En. Shafie, ahli parlimen Kawasan Baling telah melawat sekolah ini dan berjanji akan membina sebuah sekolah baru menggantikan Balai Lintang Madrasah. 

   Pada 30.11.1959, penduduk kampung Kuala Merah telah bergotong-royong membersihkan kawasan untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah di sebuah tanah berkeluasan 6 relung yang telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mohd Dani B. Hj Kalim dan merasmikan pada 12.06.1961 oleh YAB dato' Syed Omar B. Shahabudin selaku Menteri Besar Kedah. Berlaku pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah dicapai di sekolah ini atas usaha guru-guru dan guu besar yang berkhidmat di sini, termasuklah bilik sumber, pejabat, kelas-kelas, surau, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, makmal IT, kantin dan bangunan Pra Sekolah.

Comments

Popular Posts